Saturday, 9 January 2016

Neelofa “Mengamuk” Dalam Kedai

neelofa 1

PELAKON dan juga ahli perniagaan, Neelofa didapati “mengamuk” apabila pihak bank CIMB telah memaksa beliau menunggu  sehingga empat jam dalam sebuah kedai bagi membolehkan urusniaga beliau dapat diteruskan.
Menerusi Facebooknya, Neelofa memuat naik satu status yang dimulakan denga ayat “Tahniah! Syabas CIMB!”.
Di dalam posting tersebut, difahamkan Neelofa menghadapi masalah untuk men’clear’kan transaksinya.
Menurut Neelofa, kerana masalah yang timbul dia terpaksa menunggu sehingga 4 jam di sebuah kedai sehinggalah masalah itu selesai.
Neelofa turut menambah biarpun dia telah membuat 6 panggilan, masalahnya tidak dapat diselesaikan.
Selain itu Neelofa juga turut meluahkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku biarpun sudah bertahun-tahun dia menggunakan khidmat CIMB.

“Saya sangat kecewa dengan servis kamu dan perkara ini menyebabkan saya berfikir dua kali untuk menggunakan khidmat kamu @cimbmalaysia.
“Kamu sepatutnya memudahkan perjalanan saya tapi sebaliknya kamu membuatkan saya menghadapi masalah-masalah yang tidak perlu”, tulis Neelofa.

Perkara ini boleh dikatakan kerap berlaku. Baru-baru ini suami penulis turut menghadapi masalah yang sama semasa mahu melakukan pembelian di Madinah.  Namun suami penulis tidaklah sesabar Neelofa untuk menunggu sehingga empat jam bagi membolehkan transaksi dapat disempurnakan.

BAWA BEKAL ATAU MASAK DI PEJABAT UNTUK JIMAT BELANJA KATA MENTERI.




Tuhanku.

Berikanlah kami kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi menteri-menteri bangang di Malaysia.

Amin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin menggesa kakitangannya untuk membawa bekalan tengah hari atau memasak makanan mereka di pejabat dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat, lapor China Press.

Hamzah dipetik sebagai berkata bahawa tahun 2016 akan menjadi tahun yang mencabar untuk negara ini kerana kelembapan ekonomi global di samping peruntukan bajet yang dikurangkan di kesemua kementerian dan agensi.

"Saya berbincang dengan Setiausaha Agung untuk melaksanakan beberapa langkah di jabatan untuk kakitangan kami. Kami tidak akan lagi menghidangkan makanan semasa mesyuarat selepas ini, dan semua kakitangan digalakkan untuk bawa makan tengah hari mereka sendiri [ke pejabat].

"Bermula esok, saya juga akan membawa beras saya sendiri untuk memasak di pejabat. Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai saya pada waktu makan tengah hari, "katanya secara berseloroh.

Menyedari cabaran yang berada di masa hadapan, beliau turut berkata, "Kita tidak perlu takut kepada cabaran dan harus menghadapinya secara yakin. Kita juga perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat kita".

Hamzah berkata banyak tuduhan yang tidak berasas telah dilemparkan terhadap kementerian itu tetapi berharap bahawa semua orang akan bekerja bersama-sama pada masa yang sukar ini.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa peruntukan bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah berkurangan sebanyak 16% dan 23% pada tahun 2015 dan tahun ini.

"Ini adalah bersamaan dengan hampir 40% pengurangan bagi [peruntukan bajet bagi kementerian itu] dua tahun yang digabungkan," katanya kepada akhbar tersebut.

"Kementerian telah mengadakan mesyuarat berhubung perkara ini dan kami akan cuba yang terbaik bagi membelanjakan peruntukan yang terhad dengan bijak. Pada masa yang sama, kami juga akan berusaha untuk mendapatkan semula hutang-hutang daripada pihak tertentu katanya.

Laporan asal China Press.
Laporan versi English Malaysian Digest.