Saturday 5 December 2015

Semua negeri digesa haram vape – Persatuan Pengguna

Gambar hiasan
GEORGETOWN – Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris menggesa semua negeri mengharamkan vape.
“CAP amat kesal apabila Kabinet mengambil keputusan untuk mengawal penggunaan vape dan bukan mengharamkannya.
“Perbezaan pandangan antara menteri boleh menyebabkan lebih banyak masalah sosial. Bagaimanapun, di peringkat negeri, kerajaan negeri boleh mengambil langkah sendiri untuk mengharamkannya seperti yang dilakukan di Johor,” katanya kepada media di sini semalam.
Katanya, 14 negara sudah mengharamkan penggunaan vape, namun Malaysia masih mahu menunggu bukti saintifik dan kajian.
Menurutnya, golongan muda di negeri ini sudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial antaranya ketagihan alkohol, perjudian, penagihan dadah dan merokok.
“Selain vape dan e-rokok yang dilihat perosak belia, shisha juga tidak terkecuali. Tinjauan CAP mendapati, kanak-kanak berusia lapan tahun sudah mula menghisap shisha jenis hookah elektronik berkonsep pakai buang.
“Shisha ini dijual dengan harga RM15 dan bertahan hingga 500 sedutan. Ia didapati dalam pelbagai perisa antaranya buah-buahan,” katanya.
Mohamed berkata, shisha mengandungi bahan kimia Fomaldehid yang boleh mengakibatkan rengsaan pada mata, hidung dan  juga kerongkong.
Lebih mengejutkan, seorang pelajar perempuan dari sekolah rendah di Tanjung Tokong ditangkap kerana menjual shisha kepada pelajar lain dua minggu lalu.
“Menurut guru di sekolah berkenaan, pelajar itu membelanjakan RM15 seminggu untuk membeli shisha. Ini yang menakutkan kita kerana ia sudah meresapi golongan muda,” katanya.
Beliau berkata, penghisap vape membelanjakan sekitar RM340 sebulan untuk membeli cecair yang diletakkan di dalam alat berkenaan.
Ini tidak termasuk harga untuk peralatan yang mungkin sekitar RM500. Vape dilihat menjadi trend terbaharu dalam kalangan pelajar berbanding rokok kerana ia menggunakan pelbagai perisa.
“Lebih membimbangkan,  pelajar dan wanita berkerjaya juga mula menggunakan peralatan ini. Ada juga rungutan dari guru mengatakan sesetengah pelajar sanggup bekerja separuh masa untuk membeli peralatan ini manakala sesetengahnya pula berbohong kepada ibu bapa bagi mendapatkan wang untuk membelinya,” katanya.
Mohamed menunjukkan vape yang membahayakan kesihatan pengguna kerana mengandungi bahan kimia
Selain itu, peralatan shisha tidak mempunyai sebarang label iaitu tiada maklumat untuk melihat pengeluar, negara asal dan ramuannya.
Memandangkan shisha tidak diharamkan, maka ia dengan mudah boleh dibeli di tempat awam, pasar raya dan pasar malam.
“Jika kerajaan terus mengambil sikap tidak peduli dalam isu ini, lebih ramai golongan muda akan menggunakan  e-rokok, shisha dan vape.
“Tidak mengejutkan jika selepas ini negara kita mempunyai lebih ramai penagih dadah di masa hadapan kerana benih bagi penagihan dadah sudah disemai melalui pengenalan e-rokok, shisha dan vape,” katanya. -sh

Bot Bawa 8 Pekerja Pulau Redang Terbalik Dipukul Ombak

PEKERJA menolong mengeluarkan bot yang terbalik dekat muara Kuala Merang, semalam. -
PEKERJA menolong mengeluarkan bot yang terbalik dekat muara Kuala Merang, semalam. –
Setiu: Lapan pekerja Pulau Redang dan pemandu bot terselamat apabila bot pelancong dinaiki mereka terbalik dipukul ombak dalam kejadian berhampiran muara Kuala Merang, di sini, semalam.
Difahamkan, penumpang bot terdiri daripada lima rakyat tempatan termasuk pemandu bot dan selebihnya warga asing.
Insiden jam 4 petang itu berlaku ketika bot dalam perjalanan dari Pulau Redang Jeti Kuala Merang, di sini.
Pemandu bot, Yem Mohamed, 47, berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba apabila dia tidak sempat mengelak ombak yang menggulung.
“Bot tidak dapat meluncur laju ketika itu menyebabkan saya mengangkat enjin kerana menyangkakan berada di kawasan laluan air cetek.
“Jika diikutkan, ketika kejadian cuaca di kawasan itu berada dalam keadaan baik, ombak tidak kuat dan saya pernah berdepan dengan gelombang lebih besar,” katanya ketika ditemui di Jeti Kuala Merang, di sini, semalam.
Dia yang hampir 10 tahun menjadi pemandu bot berkata, mereka diselamatkan nelayan tempatan yang melalui kawasan berkenaan.
“Nasib baik kami semua memakai jaket keselamatan dan tidak cedera, cuma kepala saya sakit kerana terhantuk pada bumbung kanvas bot.
“Selama menjadi pemandu bot, ini kali pertama saya berdepan kejadian seumpama itu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” katanya.
Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian terbabit pada jam 4.53 petang.
Menurutnya, sepasukan tujuh pegawai dan anggota yang tiba di lokasi kejadian dimaklumkan semua mangsa diselamatkan nelayan tempatan-hmetro



Thursday 3 December 2015

Kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online

Kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 secara online. Penerima BRIM sedia ada tidak perlu lagi untuk mendaftar sebagai pemohon baru namun wajib untuk kemaskini permohonan BRIM menerusi e-BRIM. Kegagalan pemohon untuk kemaskini permohonan BR1M akan menyebabkan pemohon gagal untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia. Seperti yang telah dibentangkan dalam bajet 2016, penerima BRIM yang tersenarai dalam program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,050. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan menerima RM1000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M adalah RM800. Manakala BR1M bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima RM400. Berikut adalah panduan atau cara kemaskini borang permohonan BR1M 2016.
brim-2016
Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online
Pengumuman Terkini: Kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara online mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.
Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0
Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
Senarai Bank Terlibat Pembayaran BR1M 2016
senarai-bank
Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0
Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
  • RM400 pada Januari 2016
Tempoh Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015

Tuesday 1 December 2015

Terengganu belum cadang haram vape


loading..
Kerajaan Terengganu belum bercadang untuk melaksanakan penguatkuasaan pengharaman penjualan rokok elektronik dan vape di negeri itu. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, pihaknya akan menunggu perkembangan dan arahan lanjut daripada Kementerian Kesihatan sebelum mengambil sebarang tindakan.
-kredit astroawani

Kandungan Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran



Dato' Siti Nurhaliza

Kandungan Dato’ Siti Nurhaliza Keguguran | Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah berkongsi sekeping gambar yang menyatakan kandungannya hanya sempat bersamanya untuk dua bulan sahaja sebelum keguguran.
Kandungan Dato' Siti Nurhaliza Keguguran
Apa pun, Media Sensasi berharap Dato’ Siti Nurhaliza tabah menghadapi dugaan besar yang melanda dirinya ini dan mencuba sehingga berjaya untuk mendapatkan cahaya mata.

PANTAI BUKIT KELUANG, DAYA TARIKAN BARU DI BESUT.

Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Selain itu, para pengunjung ke Kuala Besut juga berpeluang untuk mendapat pengalaman menarik dari aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti memancing, bermain wau dan lain-lain lagi.
Tempat ini terletak 4 km dari Pekan Kuala Besut. Boleh dilawati melalui jalan darat sama ada teksi dari Kuala Besut atau Jerteh. Melalui jalan dari Kuala Besut ke Jerteh, terdapat sebuah pintu gerbang pada laluan tepi jalan untuk ke sana.
Pantai Bukit Keluang yang terletak kira-kira 19 km dari Bandar Jerteh juga merupakan salah sebuah Pusat Peranginan yang utama di daerah ini. Ianya juga sama sebagaimana pantai-pantai lain yang terdapat di Besut yang menjadi sumber tarikan semulajadi dan tersendiri dengan pasir pantai yang bersih dan bukit yang tersergan megah itu.
Disini, terdapat banyak kemudahan seperti rumah rehat, restoran, tandas awam, wakaf untuk berehat dan lain-lain lagi. Kehijauan hutan yang belum terusik mendamaikan mata yang memandang. Pantainya yang bersih dan lautan yang kebiruan selain keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari kejauhan, menjadikan destinasi pelancongan ini begitu terkenal bagi para pengunjung.
Keindahan tempat ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang melakukan aktiviti penggambaran filem ataupun drama televisyen (Hikayat Maha merong wangsa, Polis Evo yang baru ditayangkan baru- baru ini. Tidak sah sekiranya berkunjung di sini tanpa menikmati pemandangan indah dari puncak tangga Bukit Keluang.
Pondok-pondok kecil dibina untuk memudahkan orang ramai untuk berehat sambil menghirup udara segar disini.