

Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online
Pengumuman Terkini: Kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara online mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.
Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0
Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
Senarai Bank Terlibat Pembayaran BR1M 2016

Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0
Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
- Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
- Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
- Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
- Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
- Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
- Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
- Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
- RM400 pada Januari 2016
Tempoh Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015
No comments:
Post a Comment